Tips Memilih Nama Bisnes. 4 Perkara wajib baca bagi siapa yang mahu mulakan bisnes !

salam semua.. mesti ramai yang kat luar sana tercari – cari idea untuk nama bisness atau produk korang kan? korang tahu tak?? sebenarnya nama untuk sesuatu bisnes atau produk sangat berguna untuk kita membezakan produk kita dengan produk orang lain, nama produk yang “hot”juga boleh membantu usahawan untuk melariskan lagi perniagaan mereka.
Hah.. harini saya nak berkongsi beberapa tips daripada FOC untuk memilih nama untuk produk atau perniagaan korang, yang kompem terlajak hangat!
F –  Factual
Carilah nama yang mempunyai kaitan dengan perniagaan korang. Ramai yang memilih nama yang mewakilkan bidang atau tujuan perniagaan mereka. Selain membuatkan pengguna lebih mudah mengingati bidang perusahaan tersebut, korang juga tidak perlu menerangkan dengan panjang lebar tentang perniagaan yang korang lakukan. Singapore Airlines adalah salah satu contohnya.
O – Original (Nama Sendiri)
Mungkin terlintas dalam fikiran korang ungkapan ‘nama membawa tuah’. Jangan malu untuk menggunakan nama sendiri untuk perniagaan korang. Ini juga soal personal branding. Korang juga boleh menggunakan akronim yang lebih mudah diingati. Sebagai contoh, Hewlett-Packard adalah nama panjang HP.
C – Catchy
Selain daripada ciri di atas, korang juga boleh memilih nama yang dapat menarik perhatian para pengguna apabila mendengarnya. Pilihlah nama yang senang disebut dan sedap didengar. Jenama boleh menjadi buah mulut kerana keunikan namanya. Contohnya, Yahoo! dan Waze. Kreatiflah dalam memberi nama jenama mengikut naluri korang dan pastikan pengguna juga akan menyukainya.

Sifu Pensyarikatan 
last but not list…
KISS: Keep It Short and Simple
Kaedah KISS sangat penting untuk diterapkan. Jangan pilih nama yang terlalu panjang, apatah lagi yang susah disebut. Korang boleh mencipta nama yang unik, tetapi tidak terlalu abstrak. Ini kerana nama abstrak mungkin menyebabkan reaksi kurang baik. Pastikan pengguna tidak perlu banyak berfikir untuk boleh menyebut atau mengingatnya.
Setelah memilih nama yang tepat untuk produk korang, jangan lupa cari nama tersebut dalam mesin carian. Pastikan korang tidak menggunakan nama yang sudah digunakan orang lain. Ini penting bagi memastikan korang tidak terjerumus dalam masalah hak cipta atau serupanya.

Comments

Popular Posts